losing me
and you will think back and say
DAMN that girl really did LOVE ME
The question for each man to settle is not what he would do if he had means, time, influence and educational advantages; the question is what he will do with the things he has. The moment a young man ceases to dream or to bemoan his lack of opportunities and resolutely looks his conditions in the face, and resolves to change them, he lays the corner-stone of a solid and honorable success. Hamilton Wright Mabie
Kehidupan manusia ini memang tidak pernah terlepas dari ujian. Tidak kira sama ada orang itu Islam atau bukan Islam, ada pegangan agama atau tidak, kecil atau besar, tua atau muda. Bagi orang bukan Islam, mereka menghadapinya dengan berbagai kaedah yang difikirkan logik mengikut akal mereka. Jika akal mereka sudah tidak mampu berfikir, maka mereka mengambil jalan singkat dengan makan ubat tidur, makan racun atau membunuh diri sendiri. Bagi orang Islam pula, mereka ada jalan penyelesaian yang telah Allah tunjukkan tetapi mereka perlu kepada ilmunya. | |
|
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
satu cerita :
Seorang anak berusia 3 thn yang keluar jalan2 ngan ibunya, tiba2 trpandang aiskrim. Dia mintak dengan ibunya. Tapi tiba2 ibunya tak bagi. Puas dia pujuk ibu dia sebab dia dah lama tak makan aiskrm tapi ibunya tak bagi jugak. ketika tu anak tu fikir "mesti ibu aku dah tak sayang aku..ke mana perginya kasih sayang seorang ibu???"
Si anak tak tahu yang dia sebenarnya ada penyakit lelah dan kencing manis. Dia rasa dia sihat. Tapi ibunya tahu dia sakit. So itulah sebabnya ibu dia tak bagi. Ibu dia tak bagi tu sebab terlalu sayangkan anak dia....
Pada pandangan si anak, ibunya telah berlaku kejam dengan tak bagi dia makan aiskrim. dia tak tahu yang dia ada penyakit tu. Kalau ibu dia bagitahu pun, dia pasti takkan mengerti sebab umur dia terlalu muda!
Dalam hidup ini, tak semua benda yang kita rasa elok tu baik untuk kita. Kita ni ilmu terbatas.Tak mungkin kita boleh capai taraf ilmu Allah. Allah sebagai Pencipta, tahu segala yang terbaik buat kita. Allah ada sebut dalam Al Quran yang lebih kurang bermaksud "Ada perkara yang kamu suka tetapi sebenarnya ia adalah keburukan buat kamu. Ada perkara yang kamu benci tetapi sebenarnya ia adalah kebaikan buat kamu"
Ramai yang menyangka, dalam hidup ni kalau dapat duit banyak, hidup senang lenang, dapat suami hensem gile, dapat isteri cantik, rumah besar bla bla bla.., maka itu adalah yang terbaik. Itu yang kita kena dapat. Kalau tak dapat kita merungut.
Tapi kita pernah terfikir tak, sebenarnya orang2 yang banyak dapat rahmat Allah di dunia ni, sebenarnya dia dapat ujian yang lebih banyak!
Daripada Sahabat2 Rasulullah yang dijanjikan Syurga, Abd Rahman bin Auf r.a. masuk last sekali. Dikatakan, beliau akan masuk secara mengensot. Kenapa? Kerana di kalangan Sahabat, beliau yang paling kaya. Beliau yang paling banyak dapat rahmat Allah. Maka Allah akan kira satu persatu ke mana kita gunakan rahmatNya tu...
aku yang perasan pandai nak bagi tips untuk rasa happy..ha ha ha..:
Ko kena sentiasa berfikiran positif.Jangan Su'u zhon (bersangka buruk) dengan Allah. Allah bagi ko kecacatan di dunia, mungkin kerana Allah nak bagi ko kecantikan lebih dari orang lain di akhirat kelak.,Allah bagi ko muka yang tak berapa cantik di sini, mungkin nanti ko akan jadi ketua bidadari syurga yang jelita lagi menawan, akhirat tiu kekal abadi akwan, dunia ni sementara aje..ingat..SEMENTARA AJE!!
Yang penting, ko kena redha dengan apa yang Allah bagi. Ko yakin kan Allah Maha Mengetahui? So mungkin sekarang ko nampak seolah2 Allah tak kasih, tak sayang ko tapi sebenarnya Allah nak bagi ko benda yang lebih baik di akhirat!
Kalau ko rasa ko terseksa hidup di dunia dan ko nak salahkan Allah, ko yang rugi sebab kalau ko buat camtu, kat akhirat nanti ko takkan dapat apa2. Tapi kalau ko redha dan terima apa yang Allah bagi, InsyaAllah kat akhirat ko dapat lebih dari yang orang lain dapat. Kalau ko sabar untuk tempoh dlm 60thn hidup di dunia, insyaAllah ko akan dapat ihsan Allah di akhirat yang kekal abadi!
Sebabtulah aku ccakap ko ni bertuah.Allah buka ko peluang untuk ko dapat rahmat di akhirat dengan tak bagi terlalu banyak kenikmatan di dunia yang sekejap ni. berapa ramai orang di luar sana yang kaya, ada suami hensem, bini yang cantik dan tak cacat, tapi mengabaikan nikmat yang Allah bagi. Nanti di akhirat diaorang dah tak dapat apa2! Diaorang senang kejap je tapi Allah nak bagi ko senang selama-lamanya nanti!
APA YANG PERLU KO BUAT ADALAH REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH, YAKIN BAHAWA ALLAH MAHA MENGETAHUI...
Lain kali kalau ada sesiapa kutuk ko, kalau ada sesiapa kata ko cacat, muka ko burghok, ko terus mengadu kat Allah. Ko cuba lah buat. Mengadu macam budak kecik mengadu kat mak dia. Ko anggap ko tak berdaya betul2 so ko mengadu sungguh2 kat Allah.. Allah mungkin takkan jadikan ko cantik, Allah mungkin takkan jadikan ko tak cacat (Allah boleh buat kalau Dia nak), tapi sekurang2nya hati ko akan tenang, InsyaAllah. Ko akan jadi lebih kuat sebab ko yakin kalau ada apa2 pun, ko ada tempat mengadu...Rasulullah buat cara camni lah, sebabtu baginda boleh solat sampai bengkak kaki!
Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam.
Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah.
Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.
Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."