Photobucket

Monday, February 22, 2010

Setiap yang berlaku itu adalah Kenangan terindah bagi ku walaupun sepahit mana ia harus ku tempuhi.

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Ooh...

Saturday, February 20, 2010

Starting Over

Assalammualaikum & Salam sejahtera keatas anda semua...

Sekarang baru 2 bulan sekolah bermula. Memang sibuk dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan, khas untuk para pelajar yang dikasihi. Bulan lepas sahaja, di sekolah saya baru saja selesai dengan sukan tahunan dan di ikuti dengan ujian bulanan 1. Sekarang ini pula giat dengan sukan antara sekolah. Namun di bidang akademik juga begitu mantap dengan tuisyen pada hari persekolahan dan tambahan pada hari sabtu. Bolehkan anda bayangkan bagaimana sibuk yang saya hadapi dan saya percaya teman seperjuangan juga merasai situasi ini. Apa-apa pun bagilah peluang dan masa untuk kami menyusun atur schedule kerana rasanya keadaan masih lagi kelam kabut sedikit. Dont judge us by only listen from one side but more nice lah kalau dengar from both sides kan.

Saturday, January 30, 2010

Dahsyatnya Doa Ibu

Wanita solehah Pictures, Images and Photos

Ini merupankan tajuk buku yang ingin saya kongsikan kepada anda. Buku ini amat bagus di baca oleh para pelajar terutamanya anak-anak.

Buku Dahsyatnya Doa Ibu merungkai fakta-fakta sejarah kisah-kisah benar, ayat-ayat Al-Quran serta hadis-hadis yang menjadi bukti kekuasaan dan keajaiban doa para ibu yang mampu memberi kebahagian mahupun kebinasaan kepada anak-anak dalam sekelip mata sahaja.

Buku ini adalah hasil tulisan Syamsuddin Noor, pada tahun 2007. Harga buku ini adalah RM16.90. Kalau disekitar Kota Kinabalu anda boleh membeli buku ini di Golden Quality di Wisma Muis.

Diharap dengan sedikit perkongsian ilmu ini, kita boleh menambah ilmu pengetahuan untuk keluarga dan masyarakat kelak.

Sukan sekolah + Ujian bulanan 1

Assalammualaikum W.B.T

Saya ingin ucapkan tahniah kepada semua pelajar dan para guru yang telah berusaha menjayakan sukan sekolah tahun 2010. Kalah dan menang adalah adat didalam sesuatu pertandingan. Namun sekali lagi ingin saya ucapkan tahniah bagi yang menang dan jangan di simpan di dalam hati bagi yang kalah. Tahun depan Insya Allah kita cuba lagi.

Belum hilang penat dek sukan, sibuk pula dengan ujian bulanan 1 di sekolah. Biasanya awal-awal tahun macam ni, macam-macam aktiviti sekolah yang diadakan. Tak cukup dengan aktiviti kokurikulum ada pula aktiviti kukurikulum.

Apa-apa pun kita sama-samalah menjalankan tugas yang diberikan dengan ikhlas. Insya Allah, inilah jihad dan sumbangan kita.

Friday, January 29, 2010

Ibu, Ummi, Mama, Mummy

Doanya adalah penawar
juga racun berbisa

Ibarat tajamnya mata pisau
yang mampu melakar masa depan yang gemilang
buat anak tercinta
juga dapat menghancurkan
masa depan si anak derhaka

Betapa aku di uji lagi

Assalammualaikum w.b.t

Ya Allah...betapa engkau begitu menyayangi aku. Ujian kali ini akan aku harungi dengan tabah tapi berikan aku kekuatan mu Ya Allah. Mungkin dia bukan dari tulang rusuk ku, bukan insan yang engkau cipta di dunia untuk dijadikan pasangan ku.

Hati ku sebak, sakit sebenarnya...tapi macamana? haruskan aku sekadar pejam mata buat bodoh..atau aku terus berjalan tanpa menoleh kebelakang?

Jauh di sudut hatiku, aku masih lagi mengharap dia akan berubah dan akan terus menjadi teman pelaminku. Namun jika itu benar ketetapan Mu Ya Allah...aku redha

Wednesday, January 13, 2010

Az-Zamakhsyari

Az- Zamakhsyari...pernah dengar nama ini? mungkin sekarang ini dia tidaklah begitu dikenali oleh masyarakat zaman ini. Dia tidaklah sepopular Mawi, Siti Nurhalizah atau Ahli-ahli parlimen yang berkahwin artis cantik.

Tetapi Az-Zamakhsyari ialah seorang tokoh ulama yang pakar dalam ilmu tafsir. Nama lengkap Az-Zamkhsyari adalah Abu al-Qasim Mahmud bin Umar bin Muhammad bin Ahmad bin Umar al-Khawarizmi Az-Zamakhsyari. Beliau ini dilahirkan pada 467H dan wafat pada 538H.

Kenapa saya berkongsi megenai Az Zmakhsyari? kerana saya begitu minat dengan puisi-puisi hasil nukilan beliau. Betullah, Puisi para ulama lebih tajam daripada mata pedang dan mampu mengalahkan musuh yang mendengarnya.

Beliau juga telah banyak menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi. Minta maaf ya cik abang, cik kak, dan adik-adik sekalian. Karya-karya beliau ini memang top ten bukan album recording tau. Diantara karya-karya beliau yang masyur ialah ;
- Al-Kasysyaf
- Diwan al-Adab
- Rabi’ al-Abrar
- Asas al-Balagha
- A’jab al-‘Ajab fi Syarh Lamiyat al-‘Arab
- Al-Anmudzaj fi al-Nahwi
- An-Nashaih as-Shighar
- Al-Fa’iq fi Garib al-Hadits
- Maqamaat al-Zamakhsyari, dan
- Nawabi’ al-Kalam fi al-Lughag

Seperti yang saya katakan dari awal tadi, saya sangat teruja dengan puisi beliau. Terutama dalam puisi ini....

malam-malamku untuk merajut ilmu yang boleh dipetik
menjauhi wanita lawa dan harumnya leher
aku lalu lalang untuk menyelesaikan masalah sukar
lebih menggoda dan manis dari mengepit betis yang panjang
bunyi penaku yang menari diatas kertas-kertas
lebih manis daripada belaian wanita dan kekasih
bagiku lebih bagus mencampakkan pasir ke atas kertas
daripada gadis-gadis yang menabuh dentum rebana
wahai orang yang cuba mencapai kedudukanku dengan anganya
sungguh jauh jarak antara orang yang diam dan yang naik
adakah aku yang tidak tidur selama dua purnama dan engkau
tidur lena, selepas itu engkau ingin menyamai darjatku?
Alangkah mulianya ilmu pengetahuan, alangkah segarnya dada orang yang
penuh dengannya, dan alangkah leganya perasaan orang yang menguasainya!

Tuntutlah Ilmu hingga Ke Liang lahad

Assalmmuaalaikum W.B.T

Topik kita untuk awal tahun baru ini ialah mengenai ilmu pengetahuan. Kenapa pula ilmu ni??? Aduh boring ar mcm ni...perkataan yang selalu keluar dari gomelan para remaja.

Mungkin ada segelintir mereka ini tidak faham dan sedar betapa pentingnya ilmu pengetahuan untuk diri sendiri, keluarga, bangsa, negara dan paling penting sekali agama. Tanpa ilmu, hati kita mati. Kita umpama tidak punya apa-apa, ibarat pepatah melayu hidup segan mati tak mahu. kenapa pula cikgu ni cakap mcm ni?? Ya Allah, kalau dah membaca kita hampeh...mengira juga hampeh...kemahiran juga hampeh...cuma bergantung harap kepada ibubapa. Habislah...Terjun lah ia dengan labu-labunya....Ini bukan merapuh ya..ini bukan cobaan..Ini betul-betul.

Seperti didalam surah Al-An'am ayat 122 dibawah;
"Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan kamijadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga daptlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah), ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, ( adakah orang yang demikian keadaanya) sama seperti yang tinggal tetap didalam gelap gelita ( kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya?"

kedamaian, kebahagian dan kesenangan hati itu bermula daripada ilmu pengetahuan. Ini kerana apa yang tidak jelas pasti akan terang lagi bersuluh dengan adanya ilmu.

Peringatan ini adalah untuk anda yang membaca dan juga buat diriku. Jika anda ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat, nescaya semua kesedihan, kepedihan, dan kecemasan itu akan lenyap.

Leka

Assalammualaikum W.B.T

Hari ini cuti, bukan cuti umum tetapi cuti peristiwa. Al maklum kelmarin di sekolah saya ada acara Merentas Desa. Saya kurang pasti samada pasukan rumah saya iaitu Hang Tuah menang ke tidak. Sebabnya selepas acara tamat, saya terus balik. Ada hal penting yang ingin saya siapkan.

Bermulanya sekolah sesi 2010, terlalu banyak kerja yang harus disiapkan. Terkadang-kadang saya mengeluh didalam hati. Terkadang-kadang timbul tidak puas hati kerana tugasan yang terlalu banyak. Masha Allah, inilah mungkin dikatakan buat sesuatu sebelum 4 perkara. Diantaranya ialah buat sesuatu itu di masa lapang sebelum datangnya masa sibuk. Insya Allah saya cuba mengatur masa dengan lebih baik lagi.

Sebenarnya, apa yang berlaku sekarang, Allah sedang menguji kita. Saya sendiri kadang-kadang alpa dengan ujian daripada Allah S.W.T. Dan sentiasa merungut itu dan ini. Ya Allah, bantulah hamba mu ini. Lapangkan lah dada ku dan permudahkan lah tugasku.

Saya berharap esok adalah lebih baik daripada hari ini..Insya Allah Hu Taala..

Monday, December 21, 2009

Sepanjang cuti ini

Assalammualaikum w.b.t,







Kepada semua pembaca blog saya ini. Jam telah menunjukkan 1.05 subuh. Tapi hairan mata saya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Walhal sehari suntuk, saya sibuk menguruskan hal-hal di rumah. Al maklum saja, saya satu-satunya anak gadis di rumah ini. Ermmmm...title anak gadis tu mungkin akan ku tinggalkan dalam beberapa bulan lagi. Ni pun tengah menghitung hari...lambat pula masa tu berjalan ya. Memang saya akui, saya terlalu excited ni membuat persiapan untuk majlis bersejarah itu. Insya Allah..jika itu ketentuan Allah. Hari itu pasti akan tiba.


Berbalik kepada cerita sepanjang cuti ini, selain daripada cuti-cuti Malaysia dan menghabiskan kerja-kerja yang tertangguh. Saya juga telah membeli dan membaca 2 buah novel. Novel-novel ni saya ketahui, semasa membaca majalah "Herworld". Masa tu tengah rehat dari mengawas SPM di SMK Bahang, Penampang. Daripada tajuk novel-novel itu, hati saya tertarik untuk membacanya. So, apa lagi keesokan harinya, saya ke 1 Borneo untuk memcari novel tu. Errmm...di 1 Borneo ni ada satu kedai buku iaitu 'Harris bookstore'. Kira saya ni pelanggan tetap di kedai buku tu.







Di pendekkan cerita, tidak sia-sia saya membeli novel ' The Lovely Bones wrote by Alice Sebold and Starting Over wrote by Tony Parsons'. Believe me, I'm bet if you read these two novels you will be speechless.



For me I gave 5 out of 5 marks for The Lovely Bones and Starting Over. Why?? Ermmm....wait until you read it. The prizes for each novel RM35 plus. In Kota Kinabalu lah..if out of KK I'm not quite sure.







Owh...by the way..now I'm starting read The Harry Potter's novels. I need to finish 7 novels. Because I bought the complete collections of Harry Potter. Inside this box, there are;






  • Harry Potter and Deathly Hallows



  • Harry Potter and The Half-Blood Prince



  • Harry Potter and The Order Of The Phoenix



  • Harry Potter and The Goblet Of Fire



  • Harry Potter and The Prisoner of Azkaaban



  • Harry Potter and The Philosopher's Stone



  • Harry Potter and The Chamber Of Secrets



The price of this complete Harry Potter collections was RM180. Still in the same bookstore..So dont ever feel wasting money buy books. This is a journey of knowledge that you cant buy it with a golden or diamonds.

Saturday, December 19, 2009

Hari ku ini...




Assalammualaikum w.b.t






Alhamdullilah...dapat juga saya berehat sebentar. Bolehlah dikatakan sibuk sedikit hari ini. Telefon tidak habis-habis berdering. Ibubapa pelajar call bertanyakan yuran sekolah tingkatan 1, nak bayar habis ke tak. Aduh...sakit bah juga kepala ni. Setahu saya lah, yuran kena bayar habis lainlah pelajar yang mempunyai bantuan KWAMP. Lagi satu saya juga kurang pasti samada pendaftaran form 1 esok. Sebab apa yang saya tahu pendaftaran sudah pun selesai hari tu. pada tanggal 5hb Disember 2009 lagi. Tidak tahu lah seandainya tempoh pembayaran yuran sehingga esok.






Al maklum sahaja, saya sibuk sangat. Tinggal 2 minggu sahaja sekolah akan dibuka. Saya sibuk membuat coursebook untuk subjek english dan juga pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Apa nak buat..major saya TESL. Tapi kena mengajar subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Saya bersyukur juga kerana tahun ini tidak mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan kesihatan. Kalau tidak Hampeh lagi lah saya tahun ni. Bukan sebab subjek tu susah. Tidak sama sekali....tapi subjek tu lah membuatkan kita makan gaji buta. Nauuzubillah....sebab tu saya dah reject subjek tu. Apa tidak saya berkata begitu, saya langsung tidak tahu mengajar budak-budak tu. Selain daripada melepaskan mereka ke padang.



Owh ya...kembali kepada cerita coursebook tadi. Tahun ini saya membuat satu bank soalan khas untuk dijadikan coursebook. Tapi saya belum buat salinan yang banyak. Ini kerana saya belum mengetahui kelas mana yang akan saya masuk. Kalau dapat kelas depan tu ok juga memberikan coursebook ni. Tapi kalau kena macam tahun lepas, menghabiskan boreh jew. Bagi hari ni esok dah hilang. Bagi lagi...hilang lagi...aduh....dugaanku menjadi pendidik. Insya Allah untuk kelas low intermediate ni saya dah plan nak buat pendekatan win-win situations. Saya lihat tu lagi menjadi....





Ni lah dia pelajar-pelajar yang kadang-kadang membuatkan saya hilang akal sekejap dan ini lah pelajar-pelajar yang membuatkan saya lupakan akan masalah dengan gurauan mereka. Tahun depan, mereka semua dah naik ke tingkatan 3. Semoga mereka berjaya menempuh segala dugaan dengan tabah. Insya Allah.

Baiklah, sampai kita berjumpa lagi di masa yang akan datang.

Hasta luego!!!








Wednesday, December 16, 2009

Berjihad menerusi tulisan

Assalammualaikum w.b.t,

Hari ini mari kita telusuri satu topik yang ringan tetapi selalu terlepas pandang. Samada kita sedar atau tidak, di negara kita khususnya kurang penulis. Maksud saya penulis yang menulisan tentang cerita-cerita Islam. Ataupun sesuatu tulisan yang bertemakan ajaran Islam. Sedih bukan? kerana ini penting. Bagi saya, penulisan merupakan satu cara yang paling berkesan untuk menyampaikan idea,pemikiran, kritikan, maklumat dan pendapat. Ye lah kan, kadang-kadang manusia ini terlalu sensitif jika ditegur secara bersemuka. Dan kita juga sudah terbiasa dengan didikan 'menjaga air muka'.

Allah S.W.T pernah berfirman di dalam surah Ash-Shaff: ayat 10 - 11;

"Hai orang-orang yang beriman sukakah kamu aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul Nya dan berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwamu itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya".

Jelas sekali bukan, berjihadlah. Jika kamu tidak punya harta untuk dijihadkan, berjihadlah melalui lidahmu. Jika kamu tidak ada daya berjihad melalui lidahmu. Maka gunakanlah jari jemari mu untuk berjihad. Gabungan jari jemari dan akal yang Allah kurniakan itu akan terhasil satu tulisan yang mampu mendetikkan sesuatu di sudut hati insan yang membacanya.

Mengikut ulama tersohor iaitu Abu Abdullah Al-Qurtubi menghuraikan dan mentafsirkan jihad bukan sekadar memerangi orang yang kafir, dalam peperangan bersenjata malah meliputi usaha-usaha menolong agama Allah dan menentang orang yang zalim. Jihad meliputi semua yang meliputi usaha menyeluruh kepada menyeru kebaikan serta menegah kemungkaran dalam mengejar keredhaan Allah S.W.T.

Tuesday, December 15, 2009

Puisi Atsaamah

Diriwayatkan daripada Muhammad Ibn Sulaiman Ibn Bilal Ibn Abi Dardaa' bahawa ibunya, Atsaamah, buta penglihatannya.

Pada suatu hari masuklah anaknya ( Muhammad ) dan si anak sudah solat. Lalu Si ibunya pun berkata " Apakah kau sudah menunaikan solat wahai anakku?"
Maka jawab Muhammad, " Sudah, ibu".
Maka Ibunya berkata lagi;

Wahai Atsaam, kenapa kau lalai
Rumahmu telah ditimpa musibah
Tangisilah solat pada waktunya
Jika perlu kau menanggis seharian
Tangisilah Al-Quran jika dibacakan
Suatu hari kau pernah membacanya
Kau membacanya dengan tafakkur
Hari ini kau tidak boleh membacanya
Kecuali ada yang membacanya di sisimu
Kerinduan ku padamu semakin menjadi-jadi
Aku tidak hidup selama hidupnya.


P/s:- Fikir-fikirkan lah untuk kita yang masih menikmati pancaindera anugerah daripada Allah S.W.T

Ingat Jangan Tak Ingat

Assalammualaikum w.b.t..

Alhamdullilah setelah sekian lama cuba mengingat apakah email untuk blog ku ini. Akhirnya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Sakit juga otak memerah untuk mengingat. Mungkin ini yang dipanggil "sign of old age". Sebenarnya beberapa bulan yang lepas laptop aku diserang bermacam-macam virus. Kena lah hantar ke kedai untuk dibaiki tetapi agak malang sekali bahana membeli laptop tak ada warranty. Laptop aku tak dapat dibaiki so jadi barang hiasan saja lah dibilik ni.
Alhamdullilah...ada rezeki lebih sikit yang Allah berikan, aku dapatlah membeli satu laptop yang memudahkan aku menjalankan tugas dan memblog...hehehe.
Insya Allah...aku akan terus berkarya demi agama ku tercinta....!!!

Monday, September 7, 2009

Bahasa Ibundaku

This is my mother tongue actually...it represent one of natives in Sabah. This is a poem that I wrote in my mother tongue...

mengo noh anak bangsa tai
niah noh pesoyo mah agama tai
marak sigai leman skul
alap noh amun bana-bana leman tah skul
meh sigai posok mediam hutan
meh sigai leman tak bandar
dela tah bana pen buun
bida ku kuya
dendo makai suar rai pelua betong
amun betong alap lagi seh
itu buli pun pelua
pesen en tu..
rai paning pun tekok begitu
amun begeh noh perangai
nia la'ai bangsa tai pinggo

darak masa depan
dela ka...dendo ka...
sama joh...
sedar noh kam
peranak-peranak betiru
don kam tabur malu tah bangsa tai
enn lagi tah agama tai

Tuesday, September 1, 2009

Telusuri sikap kita sendiri...

Ku pejamkan mataku terhadap semua kotoran
dan kukenakan pakaian sabar yang putih bersih
ketika masalah menghimpitku
aku berdoa kepada Allah
sejurus kemudian masalah itu pun terbuka
jalan-jalan itu buntu
tetapi dengan doa ia terbuka dengan sendirinya.....

"Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan ( perantaraan ) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman" ---Surat At-Taubah:14-----

Monday, August 31, 2009

Tersenyumlah...

Orang berkata: Langit selalu berduka dan mendung
Tetapi aku berkata: tersenyumlah, cukuplah dukacita di langit sana

orang berkata: masa muda selalu belalu dariku
tetapi aku berkata: tersenyumlah, bersedih hati menyesali masa muda takkan berguna

orang berkata: langitku yang ada di dalam jiwa sudah membuatku merana dan berduka.
janji-janji sudah mengkhinatiku ketika kalbu sudah mengusainya bagaimana
mungkin jiwaku sanggup mengulum senyum manisnya?
maka aku berkata: tersenyum dan berdendanglah, ketika engkau membandingkan seluruh
usiamu akan habis untuk merasa sakitnya.


Sebenarnya semua orang sangat memerlukan senyuman, wajah yang selalu berseri, hati yang lapang, akhlak yang menawan, jiwa yang lembut, dan pembawaan yang tidak kasar.

Sunday, August 30, 2009

Made in Malaysia

Time will be gone
Leave us from day to day
But we still here
Stand for unite
Stand for you

This is our land
We will protect our land
Because we proud to be part of you
We will stand here in the crowd
We proud with Malaysia

We will shout here
We proud for Malaysia
Because we made in Malaysia

Saturday, August 29, 2009

No title at all

No reason for writing

And writing is came from my mind

An inspiration from above

And you also should write something

Write not only because we have to

But write something in a piece of paper

Make our soul clam down

Write something

Don’t care if any of you want to read it

It’s you!!

The choice is in your hand

If you don’t have any idea

Just close your eyes

Let it came to you

-ezane-

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan Oh Ramadhan

KELEBIHAN PUASA DARIPADA RUJUKAN AL QURAN DAN
HADITH
· "Berpuasalah, kerana puasa membawa kebaikan kepada
kamu, sekiranya kamu mengetahuinya." (surah Al Baqarah:
184)
· "Berpuasalah kamu nescaya kamu menjadi orang sihat."
(Hadis)
· "Tiap-tiap kebajikan yang di-kerjakan oleh manusia akan
dibalaskan 10 kali ganda hingga 700 kali ganda, kecuali
puasa dikerjakan oleh hambaKu untuk Aku, maka Aku
(Allah) akan membalaskannya." (Riwayat Abu Hurairah)
· "Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraannya,
gembira ketika berbuka dan gembira ketika berjumpa
dengan TuhanNya (di hari Kiamat)." (Riwayat Abu Hurairah)
· "Puasa itu menjadi perisai." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
· "Doa orang yang berpuasa tidak sekali-kali akan ditolak oleh
Allah." (Riwayat Tarmizi)
Kelebihan bulan Ramadan
· Allah swt mengutamakan bulan Ramadan dari bulan-bulan
yang lain. Diberi kelebihan pada segala amal kebajikan yang
diusahakan seorang Muslim di dalamnya.
· Sabda Nabi Muhammad saw di dalam sebuah hadis yang
bermaksud: "Telah datang kepada kamu bulan Ramadan,
yang penuh berkat, Allah memberi perlindungan kepada
kamu menurunkan rahmatNya, membersih-kan dosa-dosa,
mengkabulkan doa, Ia (Allah) akan memberikan perhatian
yang sungguh-sungguh kepada segala kebajikan kamu dan
para malaikat mengalu-alukan kamu; maka per-lihatkanlah
kepada segala perkara yang baik-baik. Sesungguhnya orang
yang jahat itu yang diharamkan oleh Allah daripada
mendapat rahmatNya."
Sebab-sebab bulan Ramadan Diutamakan
· "Bulan Ramadan, yang diturunkan di dalamnya Al Quran
menjadi petunjuk kepada manusia." (Al Baqarah: 185)
· Adanya malam Lailatul Qadar "Malam Lailatul Qadar (malam
penentuan) lebih utama daripada 1000 bulan." (Al Qadr: 3)
· Puasa sepanjang bulan Ramadan "Barangsiapa yang
mengerjakan puasa di bulan Ramadan dengan penuh
keimanan kepada Allah dan benar-benar mengharapkan
keampunan, nescaya Allah akan mengampunkan dosadosanya
yang telah lalu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
· Ibadat dalam bulan Ramadan "Barangsiapa yang membuat
satu kebajikan di bulan Ramadan akan dibalas sepuluh kali
ganda dan barang-siapa mengerjakan keburukan akan
dibalas menurut apa yang dibuatnya." (Hadis)
· Membersihkan diri dengan mengeluarkan zakat fitrah
"Rasulullah saw telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan
Ramadan sebanyak satu sa' (2.3 kg) kurma atau gandum
kepada tiap-tiap orang Islam merdeka atau hamba lelaki
atau perem-puan." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Bulan
Ramadan bulan yang penuh dengan berkat, rahmat dan
kasih mesra antara makhluk-makhluk Allah yang hidup di
bumi Allah ini.

I love this blog