Photobucket

Monday, July 27, 2009

Ciri-ciri Yang Perlu Dihayati Oleh Kepimpinan Negara Umat Islam

Sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan yang mampu dicapai oleh negara umat Islam banyak bergantung kepada kewibawaan dan kemampuan kepimpinan mengendali dan mentadbir sesebuah negara.

Kegemilangan kecapaian umat Islam kemuncaknya dicapai di zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W. Bahkan pada zaman tersebut umat manusia berada dikemuncak kejayaan. Nilai-nilai kemanusiaan yang utuh dihayati dengan sempurna, seperti nilai kebenaran, keadilan dan kasih sayang dalam kehidupan bernegara. Kemuliaan tamadun tersebut mampu diteruskan oleh kepimpinan Khalifah ar-Rashidin.

Kemampuan seseorang pemimpin melaksanakan nilai-nilai tersebut boleh menjadi penentu kepada kemajuan tamadun umat manusia semasa. Kegagalan menghayati nilai-nilai tersebut, kepincangan dan kemelut hidup manusia akan wujud dan kerenah kemanusiaan akan menjadi kenyataan. Keadaan yang sedemikian jika berterusan akan menimbul banyak kesusahan dan penderitaan kehidupan manusia.

Dalam suasana semasa dan masa hadapan, kepemimpinan negara perlu memiliki beberapa ciri yang membolehkan mereka membawa sesebuah negara umat Islam maju kehadapan. Di antara ciri tersebut adalah berikut:

Pertama, pemimpin negara perlu mendokong idealisme yang luhur, berakhlak dan jujur untuk memajukan rakyat dan negara.

Tanpa sifat ini negara tidak mungkin maju dan nasib rakyat tidak akan terbela. Sejarah telah membuktikan dan keadaan semasa jelas menyokong pandangan ini bahawa kemajuan sesebuah negara berkait rapat dengan ciri kepemimpinan tersebut di sesebuah negara.

Kedua, kepimpinan negara perlu menguasai ilmu dan pemikiran yang mantap yang berasaskan nilai kemanusiaan secara mendalam. Justeru itu sistem pengendalian negara perlu bersandarkan kepada asas fahaman yang jitu yang didokong oleh Arahan Illahi.

Dalam zaman semasa kita dapati sistem pengendalian negara yang berasaskan sistem kefahaman yang tidak mantap dan tidak menepati nilai kemanusiaan menghadapi keruntuhan dan menimbul berbagai bentuk gejala kepada masyarakat negara terbabit. Sistem Marxis/Komunis terpaksa berkubur kerana pendekatannya bercanggah dengan nilai kemanusiaan. Begitu juga tamadun sekular Barat yang diasaskan kepada ideologi Liberal Kapitalis. Banyak kerenah kemanusiaan terpaksa wujud disebabkan pendekatannya turut bercanggah dengan fitrah kemanusiaan.

Sejarah telah membuktikan dan begitu juga keadaan yang terdapat sekarang, bahawa sesebuah negara yang mencapai taraf perekonomian yang maju tidak akan dapat mengekal kecepatan kemajuan bahkan terpaksa menghadapi kemunduran jika kekuatan ekonomi tidak disertai dengan kekuatan nilai kemanusiaan. Keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat seperti amalan rasuah secara berleluasa, amalan menindas, menipu dan sebagainya dalam masyarakat adalah fakta-fakta utama yang melemahkan dan seterusnya meruntuhkan sesebuah sistem sosial bernegara.

Ketiga, kepemimpinan negara perlu dikendali oleh ahli politik yang pintar serta berkemampuan. Kebolehan ini penting kepada pemimpin politik yang akan diamanahkan untuk menerajui negeri dan negara. Kejayaan untuk membangunkan martabat masyarakat bergantung kepada kemampuan pucuk pimpinan. Kejayaan kepimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khalifah Al-Rashidun adalah bukti yang nyata. Pada satu kajian yang dibuat oleh Professor P.Kotter dari Harvard Business School, lapan puluh peratus (80%) kejayaan sesebuah organisasi termasuk sesebuah negara bergantung rapat dengan mutu kepimpinan.

Dalam zaman semasa yang penuh dengan cabaran dan persaingan, seseorang pemimpin perlu memahami suasana di dalam negara berkaitan dengan kekuatan dan kelemahan sistem, keupayaan rakyat, dan sumber negara. Mereka harus mampu mengembeling kesemua lapisan rakyat untuk memajukan negara ke peringkat yang tertinggi. Kesemua ahli masyarakat dalam negara hendaklah berperanan pada peringkat yang tertinggi dalam usaha pembangunan tersebut.

Keempat, kepemimpinan negara harus mampu menerajui negara untuk berperanan secara berkesan di peringkat antarabangsa.

Dalam zaman globalisasi, samada kita mahu atau tidak mahu, negara hanya boleh dimajukan di peringkat tinggi jika negara berkemampuan berperanan di peringkat antarabangsa. Oleh itu setiap aktiviti ekonomi perlu bermatlamat untuk menguasai pasaran, jika mampu di pasaran antarabangsa.

Kepemimpinan negara umat Islam, justeru itu, tidak boleh memisahkan diri mereka dengan ajaran Islam. Untuk maju dan berjaya di peringkat sejagat, Islam mempunyai pendekatan yang syumul dengan berasaskan nilai kemanusiaan yang mampu bersaing dan seterusnya mengatasi corak pembangunan negara sekular yang pendekatannya bercanggah dengan fitrah kemanusiaan.

Sebagai umat Islam kita yakin bahawa kekuatan yang ada dengan pendekatan Islam dalam menyusun dan membangunkan negara adalah menepati fitrah kemanusiaan. Mana-mana pendekatan dalam menyusun dan memajukan masyarakat dan negara bertentangan dengan fitrah kemanusiaan akan gagal mewujudkan sebuah peradaban manusia yang sempurna di dunia dan sudah pasti pembalasan yang negatif di alam akhirat.

Islam adalah satu deen yang merangkumi segala aspek pengendalian hidup untuk individu, keluarga, masyarakat dan negara. Ia berasaskan kepada falsafah tauhid, di mana tauhid mencorak cara hidup dan merupakan inti tamadun umat Islam. Ia juga merupakan asas falsafah sistem pengendalian negara.

Dengan mendukung falsafah tauhid, Islam berpandangan bahawa semua ciri keperluan yang terdapat dalam diri manusia berada dalam satu kesatuan. Dengan itu, kesempurnaan keperibadian seseorang manusia itu akan tercapai jika semua ciri dalam dirinya diberi penumpuan dengan sepenuhnya tanpa sebarang pengecualian. Keperluan kebendaan dan kerohanian manusia hendaklah dipenuhi dalam bentuk yang bersepadu. Begitu juga dengan kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Kesemua aspek keperluan diberi tumpuan yang saksama.

Dalam rangka ke arah pembentukan peribadi individu yang bersepadu, Islam menyarankan kepada perlunya pelaksanaan sistem pengendalian negara yang dapat mendukung falsafah tauhid. Justeru itu sistem pendidikan negara perlu mampu melahirkan individu yang memiliki pandangan hidup yang sempurna, akhlak diri yang baik dan menguasai kemahiran hidup yang sesuai dengan kemampuan masing-masing.

Pembentukan peribadi individu turut memerlukan suasana yang menyokong segala kegiatan yang dijalankan oleh setiap individu tersebut. Polisi dan dasar pentadbiran negara dengan itu hendaklah berjaya mengarahkan kepada kewujudan suasana keadilan dan muafakat di kalangan ahli masyarakat. Suasana ini akan membawa kepada keharmonian yang seterusnya dapat menghasilkan kemajuan, kestabilan dan kesejahteraan masyarakat.

Berpandukan kepada pendekatan hidup yang berasaskan tauhid ini, pendekatan Islam dalam kesemua kegiatan aktiviti manusia, hendaklah menepati fitrah dan cita rasa manusia semulajadi. Islam tidak membebankan sesuatu tuntutan yang mustahil dapat dikendalikan oleh manusia. Oleh itu, Islam adalah amali untuk semua masa, tempat dan untuk kesemua individu samada yang beragama Islam ataupun tidak. Islam berpandangan bahawa mengingkari Petunjuk Allah S.W.T adalah merupakan suatu amalan yang zalim terhadap diri seseorang itu sendiri, kefahamannya (understanding) dan kebijaksanaannya (intelligence). Bahkan, keangkuhan kepada penolakan terhadap kebenaran wujudnya Petunjuk Allah S.W.T menyebabkan lahirnya pandangan hidup kebendaan (materialistic outlook) di dalam diri manusia dan masyarakat seperti dalam Sistem Ekonomi Kapitalisme dan Marxisme.

Oleh itu kepimpinan negara umat Islam, wajib yakin kepada pendekatan Islam dan berjiwa ikhlas untuk membangun negara semoga kesemua lapisan rakyat memperolehi kemuliaan hidup dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa.

Petikan: Datuk Nik Mustapha Bin Haji Nik Hassan
Timbalan Ketua Pengarah

07/07/2009 | Berita Harian

The Beautiful of Recitation

The Beautiul of this Song

Assalammualaikum W.B.T

Here I wanna to share one video that I captured from youtube by Talib Al-Habib. I think this song is very nice and really meaningful. Enjoy it...:)

Sunday, July 26, 2009

Pesanan Roh kepada Makhluk bergelar Manusia

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :


"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuang- kan airmu dalamkeadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :

"Demi Allah,wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikatkan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat sertamengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :


"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Makajanganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahkudan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepat- kan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:


"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamulalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku"."Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk wariskudan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku"."Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
-----------------------------------------------


Baginda Rasullullah S.A.W berkata:Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian merekamenarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.

Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dariperut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:



"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapatmelihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap JibrailA.S."Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S.akan menebarkan sayap di sebelahkiri.

Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T.menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulutmaka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berziki kepada Allah S.W.T."Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepadaAllah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:



"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat mautpun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan.

Tapi keluarlahsedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arahtangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:



Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, makamalaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:



Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaanAl-Quran dan zikir."Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapibaru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:


"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:



"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arahmulut dengan tenang.


Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."Telah bersabda Rasullullah S.A.W:



Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.3. Orang berpuasa di hari Arafah.Sekian untuk ingatan kita bersama.

Asas Disiplin Pendakwah

Bagi menghasilkan natijah terbaik pada diri individu Muslim yang ingin menjadikan dirinya sebagai seorang pendakwah berjaya, ada beberapa faktor penting yang perlu dikaji antaranya:

1. Memperbaiki diri dan mendidik jiwa ke arah iman dan takwa. Pendakwah akan menyeru orang lain menerusi perbuatannya terlebih dulu sebelum dinilai melalui tutur perkataannya. Perkara itu ditekankan kerana ia senjata paling penting daripada sudut penilaian manusia di persekitarannya.
2. Pendakwah juga perlu membersihkan jiwanya daripada sifat mazmumah seperti angkuh, sombong, ego, penakut, bakhil, malas dan pendendam. Jika tidak dikikis segala ia pasti mengundang keburukan pada wajah Islam itu sendiri yang menjadi cerminan pada pendakwah berkenaan.



3. Pendakwah perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu syariat secukupnya. Ilmu syariat mempunyai peringkat, tahap berbeza dan perlu diambil oleh mereka menurut kemampuan akal seperti sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

"Barang siapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan nescaya dia akan diberikan kefahaman oleh Allah dalam urusan agamanya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

4. Pendakwah juga perlu mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling tanpa mengira usia, budaya, agama, pangkat dan etnik. Kemahiran itu penting bagi membina hubungan baik dengan mereka serta menjadi peribadi disukai ramai.
5. Pendakwah perlu mempelajari kemahiran berdakwah melalui cara terbaik semasa berinteraksi dan berkomunikasi, dialog semasa, memberi kesan kepada pendengar, menarik minat mereka untuk terus mendengar dan isu yang diutarakan sesuai dengan tajuk semasa.
6. Pendakwah perlu mempelajari cara dan teknik terkini yang lebih mantap dengan penuh kesungguhan supaya tidak terus ketinggalan. Segala bentuk maklumat terbaru diperlukan untuk memudahkan penyampaian mesej dakwah kepada orang ramai.
7. Pendakwah secara peribadi harus memahirkan dirinya menyusun masanya yang sesuai untuk membuat sebarang perjumpaan dan pertemuan, menentukan waktu terbaik menyampaikan ceramah, waktu berkesan dan mampu mempengaruhi pendengar. Teknik pengurusan masa menjadikan keberkesanan dalam dakwah yang dijadualkan secara lebih rapi dan kemas tanpa melupuskan waktu senggang bersama keluarga. Masa yang terurus dan teratur ini akan memudahkan lagi usaha dakwahnya.
8. Sumber lain yang perlu ada pada diri pendakwah ialah dengan mempelajari dari pendakwah lain yang lebih maju dan profesional. Mereka sepatutnya mempunyai banyak jaringan dan mampu bersahabat dengan ulama serta pendakwah terkenal lain.
9. Mereka juga perlu berkongsi dalam aktiviti dakwah dan melatih diri ke arah pencapaian lebih baik.
10. Selain itu, mereka perlu meluangkan masa untuk melawat ke pusat dakwah dan badan dakwah yang lain untuk menimba ilmu pengetahuan.
11. Di samping itu, mereka perlu berjumpa pendakwah veteran dengan mengkaji dan mengutip segala pengalaman.





PERSEDIAAN SEORANG PENDAKWAH

MUQADDIMAH

1. Seseorang muslim / pendakwah yang ingin menceburkan diri dalam dunia dakwah mestilah terlebih dahulu membuat beberapa persediaan awal sebelum menerjunkan dirinya ke dalam bidang dakwah ini. Ini memandangkan ianya satu bidang yang memerlukan kepada seorang da’ie yang benar-benar mempunyai ketahanan diri dan bekalan-bekalan yang secukupnya untuk melicinkan kerja-kerjanya.

Persediaan-persediaan yang perlu :

1. Persediaan yang paling utama ialah bersedia menerima ujian Allah Taala.Ia merupakan peraturan dan syarat untuk berjaya.
Firman Allah Taala ;
" ولنبلونكم بشيء من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين "

Bentuk-bentuk ujian seperti dituduh, difitnah, diugut, dibuang pekerjaan dan sebagainya. Inilah persediaan Rasul dan nabi-nabi sebelum ia diberikan tugas kerasulan. Sebagaimana yang kita lihat di dalam sirah Rasulullah saw umpamanya. Baginda terlebih dahulu diberikan latihan-latihan jasmani dan rohani sebelum kerasulannya.

Faktor yang menjadikan kita bersedia.

1. Iman yang kuat.

Iman adalah senjata yang terkuat dalam diri seseorang da’ie untuk membolehkannya berasa yakin dan berani berjuang dan menempuh segala ujian di jalan dakwah ini.

a) Dengan iman yang kuat kita meyakini Qada’ dan Qadar di tangan Allah.
b) Rezeki hamba itu ditangan Allah.
c) Yakin bahawa Allah sentiasa bersamanya dan sentiasa memerhati gerak gerinya.Firman Allah :

" ما يكون من نجوى ثلاثة إلا هو رابعهم ولا خمسة إلا هو سادسهم ولا أدنى من ذلك ولا أكثر إلا هو معهم أينما كانوا "

2. Bersedia untuk bekerja.

Firman Allah Taala :
" وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله "

Kerja-kerja yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk Islam yang bertujuan untuk hanya mencari keredhaan Allah Taala.


3. Persediaan Ilmu Pengetahuan

Tanpanya seseorang da’ie akan menghadapi kesulitan di jalan dakwah. Bagaimana mungkin ia menyatakan kebenaran Islam / kesyumulan Islam kepada masyarakat sedangkan ia sendiri tidak tahu apa itu Islam apa itu kesyumulannya.

Ilmu pengetahuan Islam itu :
a) Al-Quran dan tafsirnya.
b) Sunnah Nabawiyah.
c) Sejarah Nabawi.
d) Ilmu tauhid.
e) Fiqh dan Usul.
f) Ilmu tarbiah.
g) Sistem perundangan.

4. Persediaan menjadikan diri sebagai Qudwah Hasanah.

Kita sebagai Ad-Da’ie adalah perlu menjadikan diri kita sebagai contoh yang baik kepada masyarakat. Bagaimanakah masyarakat boleh menerima seruan kita ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran sedangkan kita sendiri melakukan kemungkaran dan meninggalkan kebaikan.

Sifat yang perlu ada pada da’ie :
a) Sentiasa benar dalam semua perkara.
b) Amanah.
c) Lemah lembut.
d) Rendah diri.
e) Kasih sayang.

Firman Allah taala:
" أتأمرون الناس بالبر وتنسون أنفسكم وأنتم تتلون الكتاب أفلا تعقلون "

5. Persediaan membawa kebenaran.

Hadis :
"قل الحق ولو كان مرا"
Firman Allah Taala :
" يا أيها الذين أمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصادقين"
Sumber ilmu dan perundangan mestilah dari Al-Quran dan Sunnah Rasul.setiap perselisihan perlu dirujuk kepada kedua sumber terbesar ini.

6. Persediaan dari segi rohani.

Kebersihan rohani akan menjadikan seorang insan itu bertaqwa,mukmin,soleh dan kuat.Ia juga memberikan kesan yang besar kepada dakwah. Doa dari rohani yang suci akan mudah dimakbulkan oleh Allah.
Firman Allah Taala :
" يا أيها الذين آمنوا إن تتقوا الله جعل لكم فرقانا ويكفر عنكم سيئاتكم ويغفر لكم والله ذو الفضل العظيم "

Cara untuk mendapat darjat ketaqwaan adalah dari :

a) Mu’ahadah ( ambil masa untuk tenang janji kita dengan Allah)

Firman Allah Taala : ألست بربكم قالوا بلى شهدنا – إياك نعبد وإياك نستعين
b) Muraqabah.Mengawasi diri.
Hadis : أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك
c) Muhasabah Firman Allah Taala :
"يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله وانتظر نفس ما قدمت لغد واتقوا الله إن الله خبير بما تعملون "

d) Mu’aqabah ( membalas semula dosa yang kita lakukan maksudnya, kita menggantikaknnya dengan kebaikan)
Firman Allah Taala :
" ولكم فى القصاص حياة يا أولى الألباب لعلكم تتقون"


7. Persediaan kesungguhan dalam bekerja.

Firman Allah Taala :
" والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا "

Faktor menjadikan kesungguhan bekerja :
1. Akidah yang sahih.
2. Ikhlas.
3. Menyedari bahawa pekerjaan kita akan dihisab di hadapan Allah.

8. Persediaan dari segi harta,jiwa dan waktu.

Firman Allah :

"انفروا خفافا وثقالا وجاهدوا فى سبيل الله بأموالكم و؟أنفسكم ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون"
PENUTUP

Inilah secara ringkas beberapa cara atau persediaan yang perlu ada pada setiap da’ie sebelum menceburkan diri ke medan dakwah. Semoga kita sama-sama dapat manfaatkannya demi mencapai kejayaan dalam perjalanan ini.

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

P/S:- Ya Allah kau pertemukan lah aku dengan jodoh ku. Sesungguhnya dengan Mu tempat aku mengadu dan berharap. Seandainya itu adalah ketentuan Mu aku redha...Amin

Hati Tidak Bahagia

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam
diri manusia. Orang seperti
ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.





2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.
Orang seperti ini sentiasa
mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang
kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan
hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam
mudah kena sakit jantung.




3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia
memiliki sifat ketuhanan.




4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,
kesenangan, pangkat dll. dari
dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki
yang diberi oleh Allah elok
dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi
pemurah tetapi benci orang
yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap
memberi manfaat pada orang
lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia





5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan
puas dengan yang banyak
kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg
diminum tetap tak abis
jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta
atau rezeki kita bila ia
dipakai atau digunakan oleh kita.. Selagi tidak diguna iaitu disimpan,
itu belum boleh dikatakan
rezeki kita.. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu
sedikit tetapi mendapat
keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.





6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar
apatah lagi hal-hal yang lebih
besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer
time keja banyak..tetap
maintain vogue walau keja bertimbun atas meja....heh..heh..)





7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak
tenang. Orang yang memiliki
sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.





8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk
dipuji. Sentiasa berlakun-lakun
di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika
dikeji, ia akan mengurangkan
amalnya. -Allah marah kalau kita riak...takabbur dgn aper yg kita ada..





9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana
bila sudah dapat susah pula
menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan
diletakkan pada harta itu. biler
mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia
merupakan "neraka dunia" kerana
dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi
letakkanlah akhirat itu di
hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi
dan akhirat dibawa mati.




Kesimpulan





Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan, musibah,
kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.





Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada
bermujahadah atau biarkan saja
mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya
bermujahadah kita akan dibantu Allah
dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat
mengingati antara satu sama
lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.





Wallahualam"

MEMAHAMI HIKMAH DARI UJIAN DALAM KEHIDUPAN

Kehidupan manusia ini memang tidak pernah terlepas dari ujian. Tidak kira sama ada orang itu Islam atau bukan Islam, ada pegangan agama atau tidak, kecil atau besar, tua atau muda. Bagi orang bukan Islam, mereka menghadapinya dengan berbagai kaedah yang difikirkan logik mengikut akal mereka. Jika akal mereka sudah tidak mampu berfikir, maka mereka mengambil jalan singkat dengan makan ubat tidur, makan racun atau membunuh diri sendiri. Bagi orang Islam pula, mereka ada jalan penyelesaian yang telah Allah tunjukkan tetapi mereka perlu kepada ilmunya.

Setiap ujian yang Allah timpakan ada maksud tersirat dari Tuhan yang ramai manusia tidak tahu akan hikmah di sebalik ujian tersebut. Ujian; sama ada ujian sakit, ujian miskin, ujian isteri atau suami meragam, ujian anak-anak, kena fitnah, kena hina dan sebagainya semuanya dalam kuasa Tuhan. Hakikatnya Tuhanlah yang mendatangkan ujian itu.

Ujian yang datang ada tiga peringkat atau untuk tiga golongan manusia.

Peringkat pertama:

Untuk peningkatan darjat.

Allah berikan ujian adalah kerana hendak naikkan darjat seseorang di sisi-Nya di Akhirat kelak. Ketinggian darjat di sisi Tuhan ini adalah untuk orang-orang yang taat dengan Tuhan ketika di dunia lagi. Di dunia dia banyak berbuat amal soleh, amal kebajikan tapi masih lagi Allah beri ujian yang berat kepadanya. Ini tidak lain tidak bukan ialah untuk meninggikan darjatnya di Akhirat kerana ketabahannya dan kesabarannya menghadapi ujian. Ujian seperti ini adalah untuk para rasul, para nabi, para wali dan paling rendah ialah orang soleh. Ujian paling berat kita lihat dalam sejarah seperti yang ditanggung oleh para nabi dan rasul yang mana ia sangat bersesuaian sekali dengan tingginya darjat mereka.

Peringkat kedua:

Untuk penghapusan dosa dan didikan langsung dari Tuhan.
Ujian yang diberi untuk orang-orang Islam yang berdosa. Semua orang ada membuat dosa tidak kira dosa besar atau kecil. Ini adalah kerana manusia biasa bukannya maksum iaitu terpelihara dari dosa seperti para rasul. Jika kita merasakan diri kita tidak berdosa, itu juga merupakan satu dosa.

Jadi segala ujian ini Allah berikan tidak sia-sia dan ia ada dua tujuan:

1. Penghapusan dosa Allah Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya.

Sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya melebihi dari kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anaknya. Walaupun hamba-hamba-Nya telah berbuat dosa tapi masih diberi peluang untuk membersihkan dosa sebelum pulang ke pangkuan-Nya dengan jalan diberikan ujian-ujian. Kesabaran dan redha dalam menerima ujian itu akan dinilai oleh Allah sebagai penghapusan dosa.

2. Untuk ‘post-moterm’ diri

Manusia lazimnya akan mudah sedar dari kesilapannya apabila ia diuji. Terutama apabila ujian itu benar-benar memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupannya. Manusia yang telah Allah sedarkan ini akan mudah insaf dan akan sentiasa membaiki diri daripada kesalahan lalu dari masa ke semasa. Maha Suci Tuhan yang amat kasih akan hamba-Nya, walaupun telah banyak berbuat dosa tapi Allah masih beri jalan untuk menghapuskan dosa-dosa tersebut dengan cara diuji. Tetapi kita mesti faham benar akan maksud Tuhan itu. Supaya dengan itu kita dapat tabah dan redha dengan ujian Tuhan. Jika terasa berat ujian yang ditanggung, kita faham ujian itu memang sesuai dengan kita kerana telah banyak buat kesalahan dengan Tuhan atau sesama manusia. Oleh itu jika kita sedar maka kita akan berkata,
“Terima kasih Tuhan kerana sesungguhnya Engkau masih sayang lagi kepadaku. Semoga dengan ujian ini Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu.”

Manusia apabila ditimpa musibah sebagai ujian hidupnya, dia akan mudah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. Jika tidak dia akan mudah lupa daratan, merasa diri hebat, tidak mahu terima pandangan orang lain. Ujian ini bagi orang yang faham ialah didikan terus dari Allah SWT. Tetapi jika seseorang itu tidak tahan dengan ujian yang didatangkan, ia akan hilang pertimbangan dan tidak boleh menilai tujuan baik Tuhan dalam memberi ujian itu. Orang yang tidak redha ini biasanya disebabkan tidak faham akan ilmunya. Jika ilmu mengenai ujian itu sendiri tidak ada, bagaimana pula hendak mengamalkannya?

Peringkat ketiga:

Bala atau hukuman dari Tuhan
Diperingkat ini ujian terbahagi pula kepada dua:

1. Untuk orang-orang kafir

Ujian diturunkan untuk semua peringkat manusia bukan untuk orang Islam sahaja bahkan termasuk juga orang-orang bukan Islam. Mereka juga menghadapi musibah kesusahan, kesedihan, mala petaka seperti gempa bumi, kebakaran, kematian dan sebagainya. Tetapi oleh kerana mereka itu orang-orang yang tidak beriman maka segala ujian yang ditimpakan ke atas mereka itu tidak boleh meningkatkan diri mereka itu menjadi baik. Malah mereka menjadi semakin jahat, semakin jauh dari Tuhan. Jika mereka boleh bersabar sekalipun dengan ujian tersebut, tiada pahala dan apa-apa kebaikan Akhirat untuk mereka.


2. Untuk orang Islam


Iaitu orang-orang Islam yang sudah terlalu jahat atau terlalu zalim dan sudah tidak boleh diinsafkan lagi. Tujuan didatangkan ujian di dunia ialah kerana Tuhan hendak hukum dia di dunia lagi sebelum di Akhirat. Jika ujian yang Allah berikan di dunia itu dapat menyedarkannya, maka selamatlah dia di Akhirat kelak. Itu pun jika dia faham akan hikmah yang tersirat dalam ujian itu. Kesimpulannya jika kita diuji oleh Allah, lebih baik kita anggap diri kita dalam golongan peringkat kedua kerana golongan dalam peringkat yang pertama hanya untuk orang yang luar biasa iaitu para nabi dan rasul.. Kita anggap diri kita golongan yang banyak berdosa kepada Tuhan dan layaklah kita dihukum. Manakala

3. Untuk orang yang jahat.

Kalau selepas diuji dia bertaubat, betulkan sembahyang, berpuasa, bermaaf-maafan, bertolong bantu, insya-Allah di samping Allah mengampunkan dosa kita, Tuhan juga akan selesaikan masalah kita.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

satu cerita :

Seorang anak berusia 3 thn yang keluar jalan2 ngan ibunya, tiba2 trpandang aiskrim. Dia mintak dengan ibunya. Tapi tiba2 ibunya tak bagi. Puas dia pujuk ibu dia sebab dia dah lama tak makan aiskrm tapi ibunya tak bagi jugak. ketika tu anak tu fikir "mesti ibu aku dah tak sayang aku..ke mana perginya kasih sayang seorang ibu???"

Si anak tak tahu yang dia sebenarnya ada penyakit lelah dan kencing manis. Dia rasa dia sihat. Tapi ibunya tahu dia sakit. So itulah sebabnya ibu dia tak bagi. Ibu dia tak bagi tu sebab terlalu sayangkan anak dia....

Pada pandangan si anak, ibunya telah berlaku kejam dengan tak bagi dia makan aiskrim. dia tak tahu yang dia ada penyakit tu. Kalau ibu dia bagitahu pun, dia pasti takkan mengerti sebab umur dia terlalu muda!

Dalam hidup ini, tak semua benda yang kita rasa elok tu baik untuk kita. Kita ni ilmu terbatas.Tak mungkin kita boleh capai taraf ilmu Allah. Allah sebagai Pencipta, tahu segala yang terbaik buat kita. Allah ada sebut dalam Al Quran yang lebih kurang bermaksud "Ada perkara yang kamu suka tetapi sebenarnya ia adalah keburukan buat kamu. Ada perkara yang kamu benci tetapi sebenarnya ia adalah kebaikan buat kamu"

Ramai yang menyangka, dalam hidup ni kalau dapat duit banyak, hidup senang lenang, dapat suami hensem gile, dapat isteri cantik, rumah besar bla bla bla.., maka itu adalah yang terbaik. Itu yang kita kena dapat. Kalau tak dapat kita merungut.

Tapi kita pernah terfikir tak, sebenarnya orang2 yang banyak dapat rahmat Allah di dunia ni, sebenarnya dia dapat ujian yang lebih banyak!


Daripada Sahabat2 Rasulullah yang dijanjikan Syurga, Abd Rahman bin Auf r.a. masuk last sekali. Dikatakan, beliau akan masuk secara mengensot. Kenapa? Kerana di kalangan Sahabat, beliau yang paling kaya. Beliau yang paling banyak dapat rahmat Allah. Maka Allah akan kira satu persatu ke mana kita gunakan rahmatNya tu...

aku yang perasan pandai nak bagi tips untuk rasa happy..ha ha ha..:

Ko kena sentiasa berfikiran positif.Jangan Su'u zhon (bersangka buruk) dengan Allah. Allah bagi ko kecacatan di dunia, mungkin kerana Allah nak bagi ko kecantikan lebih dari orang lain di akhirat kelak.,Allah bagi ko muka yang tak berapa cantik di sini, mungkin nanti ko akan jadi ketua bidadari syurga yang jelita lagi menawan, akhirat tiu kekal abadi akwan, dunia ni sementara aje..ingat..SEMENTARA AJE!!

Yang penting, ko kena redha dengan apa yang Allah bagi.
Ko yakin kan Allah Maha Mengetahui? So mungkin sekarang ko nampak seolah2 Allah tak kasih, tak sayang ko tapi sebenarnya Allah nak bagi ko benda yang lebih baik di akhirat!

Kalau ko rasa ko terseksa hidup di dunia dan ko nak salahkan Allah, ko yang rugi sebab kalau ko buat camtu, kat akhirat nanti ko takkan dapat apa2. Tapi kalau ko redha dan terima apa yang Allah bagi, InsyaAllah kat akhirat ko dapat lebih dari yang orang lain dapat. Kalau ko sabar untuk tempoh dlm 60thn hidup di dunia, insyaAllah ko akan dapat ihsan Allah di akhirat yang kekal abadi!

Sebabtulah aku ccakap ko ni bertuah.Allah buka ko peluang untuk ko dapat rahmat di akhirat dengan tak bagi terlalu banyak kenikmatan di dunia yang sekejap ni. berapa ramai orang di luar sana yang kaya, ada suami hensem, bini yang cantik dan tak cacat, tapi mengabaikan nikmat yang Allah bagi. Nanti di akhirat diaorang dah tak dapat apa2! Diaorang senang kejap je tapi Allah nak bagi ko senang selama-lamanya nanti!

APA YANG PERLU KO BUAT ADALAH REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH, YAKIN BAHAWA ALLAH MAHA MENGETAHUI...


Lain kali kalau ada sesiapa kutuk ko, kalau ada sesiapa kata ko cacat, muka ko burghok, ko terus mengadu kat Allah. Ko cuba lah buat. Mengadu macam budak kecik mengadu kat mak dia. Ko anggap ko tak berdaya betul2 so ko mengadu sungguh2 kat Allah.. Allah mungkin takkan jadikan ko cantik, Allah mungkin takkan jadikan ko tak cacat (Allah boleh buat kalau Dia nak), tapi sekurang2nya hati ko akan tenang, InsyaAllah. Ko akan jadi lebih kuat sebab ko yakin kalau ada apa2 pun, ko ada tempat mengadu...Rasulullah buat cara camni lah, sebabtu baginda boleh solat sampai bengkak kaki!

I love this blog