Photobucket

Saturday, January 30, 2010

Dahsyatnya Doa Ibu

Wanita solehah Pictures, Images and Photos

Ini merupankan tajuk buku yang ingin saya kongsikan kepada anda. Buku ini amat bagus di baca oleh para pelajar terutamanya anak-anak.

Buku Dahsyatnya Doa Ibu merungkai fakta-fakta sejarah kisah-kisah benar, ayat-ayat Al-Quran serta hadis-hadis yang menjadi bukti kekuasaan dan keajaiban doa para ibu yang mampu memberi kebahagian mahupun kebinasaan kepada anak-anak dalam sekelip mata sahaja.

Buku ini adalah hasil tulisan Syamsuddin Noor, pada tahun 2007. Harga buku ini adalah RM16.90. Kalau disekitar Kota Kinabalu anda boleh membeli buku ini di Golden Quality di Wisma Muis.

Diharap dengan sedikit perkongsian ilmu ini, kita boleh menambah ilmu pengetahuan untuk keluarga dan masyarakat kelak.

Sukan sekolah + Ujian bulanan 1

Assalammualaikum W.B.T

Saya ingin ucapkan tahniah kepada semua pelajar dan para guru yang telah berusaha menjayakan sukan sekolah tahun 2010. Kalah dan menang adalah adat didalam sesuatu pertandingan. Namun sekali lagi ingin saya ucapkan tahniah bagi yang menang dan jangan di simpan di dalam hati bagi yang kalah. Tahun depan Insya Allah kita cuba lagi.

Belum hilang penat dek sukan, sibuk pula dengan ujian bulanan 1 di sekolah. Biasanya awal-awal tahun macam ni, macam-macam aktiviti sekolah yang diadakan. Tak cukup dengan aktiviti kokurikulum ada pula aktiviti kukurikulum.

Apa-apa pun kita sama-samalah menjalankan tugas yang diberikan dengan ikhlas. Insya Allah, inilah jihad dan sumbangan kita.

Friday, January 29, 2010

Ibu, Ummi, Mama, Mummy

Doanya adalah penawar
juga racun berbisa

Ibarat tajamnya mata pisau
yang mampu melakar masa depan yang gemilang
buat anak tercinta
juga dapat menghancurkan
masa depan si anak derhaka

Betapa aku di uji lagi

Assalammualaikum w.b.t

Ya Allah...betapa engkau begitu menyayangi aku. Ujian kali ini akan aku harungi dengan tabah tapi berikan aku kekuatan mu Ya Allah. Mungkin dia bukan dari tulang rusuk ku, bukan insan yang engkau cipta di dunia untuk dijadikan pasangan ku.

Hati ku sebak, sakit sebenarnya...tapi macamana? haruskan aku sekadar pejam mata buat bodoh..atau aku terus berjalan tanpa menoleh kebelakang?

Jauh di sudut hatiku, aku masih lagi mengharap dia akan berubah dan akan terus menjadi teman pelaminku. Namun jika itu benar ketetapan Mu Ya Allah...aku redha

I love this blog