Photobucket

Saturday, December 19, 2009

Hari ku ini...




Assalammualaikum w.b.t






Alhamdullilah...dapat juga saya berehat sebentar. Bolehlah dikatakan sibuk sedikit hari ini. Telefon tidak habis-habis berdering. Ibubapa pelajar call bertanyakan yuran sekolah tingkatan 1, nak bayar habis ke tak. Aduh...sakit bah juga kepala ni. Setahu saya lah, yuran kena bayar habis lainlah pelajar yang mempunyai bantuan KWAMP. Lagi satu saya juga kurang pasti samada pendaftaran form 1 esok. Sebab apa yang saya tahu pendaftaran sudah pun selesai hari tu. pada tanggal 5hb Disember 2009 lagi. Tidak tahu lah seandainya tempoh pembayaran yuran sehingga esok.






Al maklum sahaja, saya sibuk sangat. Tinggal 2 minggu sahaja sekolah akan dibuka. Saya sibuk membuat coursebook untuk subjek english dan juga pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Apa nak buat..major saya TESL. Tapi kena mengajar subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Saya bersyukur juga kerana tahun ini tidak mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan kesihatan. Kalau tidak Hampeh lagi lah saya tahun ni. Bukan sebab subjek tu susah. Tidak sama sekali....tapi subjek tu lah membuatkan kita makan gaji buta. Nauuzubillah....sebab tu saya dah reject subjek tu. Apa tidak saya berkata begitu, saya langsung tidak tahu mengajar budak-budak tu. Selain daripada melepaskan mereka ke padang.



Owh ya...kembali kepada cerita coursebook tadi. Tahun ini saya membuat satu bank soalan khas untuk dijadikan coursebook. Tapi saya belum buat salinan yang banyak. Ini kerana saya belum mengetahui kelas mana yang akan saya masuk. Kalau dapat kelas depan tu ok juga memberikan coursebook ni. Tapi kalau kena macam tahun lepas, menghabiskan boreh jew. Bagi hari ni esok dah hilang. Bagi lagi...hilang lagi...aduh....dugaanku menjadi pendidik. Insya Allah untuk kelas low intermediate ni saya dah plan nak buat pendekatan win-win situations. Saya lihat tu lagi menjadi....





Ni lah dia pelajar-pelajar yang kadang-kadang membuatkan saya hilang akal sekejap dan ini lah pelajar-pelajar yang membuatkan saya lupakan akan masalah dengan gurauan mereka. Tahun depan, mereka semua dah naik ke tingkatan 3. Semoga mereka berjaya menempuh segala dugaan dengan tabah. Insya Allah.

Baiklah, sampai kita berjumpa lagi di masa yang akan datang.

Hasta luego!!!








Wednesday, December 16, 2009

Berjihad menerusi tulisan

Assalammualaikum w.b.t,

Hari ini mari kita telusuri satu topik yang ringan tetapi selalu terlepas pandang. Samada kita sedar atau tidak, di negara kita khususnya kurang penulis. Maksud saya penulis yang menulisan tentang cerita-cerita Islam. Ataupun sesuatu tulisan yang bertemakan ajaran Islam. Sedih bukan? kerana ini penting. Bagi saya, penulisan merupakan satu cara yang paling berkesan untuk menyampaikan idea,pemikiran, kritikan, maklumat dan pendapat. Ye lah kan, kadang-kadang manusia ini terlalu sensitif jika ditegur secara bersemuka. Dan kita juga sudah terbiasa dengan didikan 'menjaga air muka'.

Allah S.W.T pernah berfirman di dalam surah Ash-Shaff: ayat 10 - 11;

"Hai orang-orang yang beriman sukakah kamu aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul Nya dan berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwamu itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya".

Jelas sekali bukan, berjihadlah. Jika kamu tidak punya harta untuk dijihadkan, berjihadlah melalui lidahmu. Jika kamu tidak ada daya berjihad melalui lidahmu. Maka gunakanlah jari jemari mu untuk berjihad. Gabungan jari jemari dan akal yang Allah kurniakan itu akan terhasil satu tulisan yang mampu mendetikkan sesuatu di sudut hati insan yang membacanya.

Mengikut ulama tersohor iaitu Abu Abdullah Al-Qurtubi menghuraikan dan mentafsirkan jihad bukan sekadar memerangi orang yang kafir, dalam peperangan bersenjata malah meliputi usaha-usaha menolong agama Allah dan menentang orang yang zalim. Jihad meliputi semua yang meliputi usaha menyeluruh kepada menyeru kebaikan serta menegah kemungkaran dalam mengejar keredhaan Allah S.W.T.

Tuesday, December 15, 2009

Puisi Atsaamah

Diriwayatkan daripada Muhammad Ibn Sulaiman Ibn Bilal Ibn Abi Dardaa' bahawa ibunya, Atsaamah, buta penglihatannya.

Pada suatu hari masuklah anaknya ( Muhammad ) dan si anak sudah solat. Lalu Si ibunya pun berkata " Apakah kau sudah menunaikan solat wahai anakku?"
Maka jawab Muhammad, " Sudah, ibu".
Maka Ibunya berkata lagi;

Wahai Atsaam, kenapa kau lalai
Rumahmu telah ditimpa musibah
Tangisilah solat pada waktunya
Jika perlu kau menanggis seharian
Tangisilah Al-Quran jika dibacakan
Suatu hari kau pernah membacanya
Kau membacanya dengan tafakkur
Hari ini kau tidak boleh membacanya
Kecuali ada yang membacanya di sisimu
Kerinduan ku padamu semakin menjadi-jadi
Aku tidak hidup selama hidupnya.


P/s:- Fikir-fikirkan lah untuk kita yang masih menikmati pancaindera anugerah daripada Allah S.W.T

Ingat Jangan Tak Ingat

Assalammualaikum w.b.t..

Alhamdullilah setelah sekian lama cuba mengingat apakah email untuk blog ku ini. Akhirnya dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Sakit juga otak memerah untuk mengingat. Mungkin ini yang dipanggil "sign of old age". Sebenarnya beberapa bulan yang lepas laptop aku diserang bermacam-macam virus. Kena lah hantar ke kedai untuk dibaiki tetapi agak malang sekali bahana membeli laptop tak ada warranty. Laptop aku tak dapat dibaiki so jadi barang hiasan saja lah dibilik ni.
Alhamdullilah...ada rezeki lebih sikit yang Allah berikan, aku dapatlah membeli satu laptop yang memudahkan aku menjalankan tugas dan memblog...hehehe.
Insya Allah...aku akan terus berkarya demi agama ku tercinta....!!!

I love this blog