Photobucket

Wednesday, January 13, 2010

Az-Zamakhsyari

Az- Zamakhsyari...pernah dengar nama ini? mungkin sekarang ini dia tidaklah begitu dikenali oleh masyarakat zaman ini. Dia tidaklah sepopular Mawi, Siti Nurhalizah atau Ahli-ahli parlimen yang berkahwin artis cantik.

Tetapi Az-Zamakhsyari ialah seorang tokoh ulama yang pakar dalam ilmu tafsir. Nama lengkap Az-Zamkhsyari adalah Abu al-Qasim Mahmud bin Umar bin Muhammad bin Ahmad bin Umar al-Khawarizmi Az-Zamakhsyari. Beliau ini dilahirkan pada 467H dan wafat pada 538H.

Kenapa saya berkongsi megenai Az Zmakhsyari? kerana saya begitu minat dengan puisi-puisi hasil nukilan beliau. Betullah, Puisi para ulama lebih tajam daripada mata pedang dan mampu mengalahkan musuh yang mendengarnya.

Beliau juga telah banyak menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi. Minta maaf ya cik abang, cik kak, dan adik-adik sekalian. Karya-karya beliau ini memang top ten bukan album recording tau. Diantara karya-karya beliau yang masyur ialah ;
- Al-Kasysyaf
- Diwan al-Adab
- Rabi’ al-Abrar
- Asas al-Balagha
- A’jab al-‘Ajab fi Syarh Lamiyat al-‘Arab
- Al-Anmudzaj fi al-Nahwi
- An-Nashaih as-Shighar
- Al-Fa’iq fi Garib al-Hadits
- Maqamaat al-Zamakhsyari, dan
- Nawabi’ al-Kalam fi al-Lughag

Seperti yang saya katakan dari awal tadi, saya sangat teruja dengan puisi beliau. Terutama dalam puisi ini....

malam-malamku untuk merajut ilmu yang boleh dipetik
menjauhi wanita lawa dan harumnya leher
aku lalu lalang untuk menyelesaikan masalah sukar
lebih menggoda dan manis dari mengepit betis yang panjang
bunyi penaku yang menari diatas kertas-kertas
lebih manis daripada belaian wanita dan kekasih
bagiku lebih bagus mencampakkan pasir ke atas kertas
daripada gadis-gadis yang menabuh dentum rebana
wahai orang yang cuba mencapai kedudukanku dengan anganya
sungguh jauh jarak antara orang yang diam dan yang naik
adakah aku yang tidak tidur selama dua purnama dan engkau
tidur lena, selepas itu engkau ingin menyamai darjatku?
Alangkah mulianya ilmu pengetahuan, alangkah segarnya dada orang yang
penuh dengannya, dan alangkah leganya perasaan orang yang menguasainya!

Tuntutlah Ilmu hingga Ke Liang lahad

Assalmmuaalaikum W.B.T

Topik kita untuk awal tahun baru ini ialah mengenai ilmu pengetahuan. Kenapa pula ilmu ni??? Aduh boring ar mcm ni...perkataan yang selalu keluar dari gomelan para remaja.

Mungkin ada segelintir mereka ini tidak faham dan sedar betapa pentingnya ilmu pengetahuan untuk diri sendiri, keluarga, bangsa, negara dan paling penting sekali agama. Tanpa ilmu, hati kita mati. Kita umpama tidak punya apa-apa, ibarat pepatah melayu hidup segan mati tak mahu. kenapa pula cikgu ni cakap mcm ni?? Ya Allah, kalau dah membaca kita hampeh...mengira juga hampeh...kemahiran juga hampeh...cuma bergantung harap kepada ibubapa. Habislah...Terjun lah ia dengan labu-labunya....Ini bukan merapuh ya..ini bukan cobaan..Ini betul-betul.

Seperti didalam surah Al-An'am ayat 122 dibawah;
"Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan kamijadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga daptlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah), ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, ( adakah orang yang demikian keadaanya) sama seperti yang tinggal tetap didalam gelap gelita ( kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya?"

kedamaian, kebahagian dan kesenangan hati itu bermula daripada ilmu pengetahuan. Ini kerana apa yang tidak jelas pasti akan terang lagi bersuluh dengan adanya ilmu.

Peringatan ini adalah untuk anda yang membaca dan juga buat diriku. Jika anda ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan capailah pelbagai manfaat, nescaya semua kesedihan, kepedihan, dan kecemasan itu akan lenyap.

Leka

Assalammualaikum W.B.T

Hari ini cuti, bukan cuti umum tetapi cuti peristiwa. Al maklum kelmarin di sekolah saya ada acara Merentas Desa. Saya kurang pasti samada pasukan rumah saya iaitu Hang Tuah menang ke tidak. Sebabnya selepas acara tamat, saya terus balik. Ada hal penting yang ingin saya siapkan.

Bermulanya sekolah sesi 2010, terlalu banyak kerja yang harus disiapkan. Terkadang-kadang saya mengeluh didalam hati. Terkadang-kadang timbul tidak puas hati kerana tugasan yang terlalu banyak. Masha Allah, inilah mungkin dikatakan buat sesuatu sebelum 4 perkara. Diantaranya ialah buat sesuatu itu di masa lapang sebelum datangnya masa sibuk. Insya Allah saya cuba mengatur masa dengan lebih baik lagi.

Sebenarnya, apa yang berlaku sekarang, Allah sedang menguji kita. Saya sendiri kadang-kadang alpa dengan ujian daripada Allah S.W.T. Dan sentiasa merungut itu dan ini. Ya Allah, bantulah hamba mu ini. Lapangkan lah dada ku dan permudahkan lah tugasku.

Saya berharap esok adalah lebih baik daripada hari ini..Insya Allah Hu Taala..

I love this blog