Photobucket

Monday, July 20, 2009

hari yang memenatkan dan sangat menguji keimanan. Alhamdullilah puasa sunat hari ini berjalan dengan lancar walaupun banyak dugaan melanda.
Perkara yang boleh dikongsi pada hari ini ialah mengenai kes emak suka backing anak. Ini kes berat...
Tadi aku baru ja kena maki hamun oleh seorang emak yang bodoh. Kenapa aku panggil bodoh kerana percaya sangat dengan cakap anak yang bebal.
Puncanya apabila aku bagi pilihan dengan pelajar itu, kalau kamu tidak suka kelas saya kamu boleh keluar...
Pelajar itu pun keluar tanpa membuat rayuan. Kenapa aku keluarkan kata-kata sebegitu. Baiklah...sedikit biodata pelajar itu. Pelajar itu merupakan pelajar yang bermasalah. Pelajar perempuan yang mempunyai kembar. Dan malang sekali kembarnya juga mempunyai masalah disiplin. Pelajar ini selalu tidak hadir ke sekolah. Dalam sebulan pelajar ini hanya datang ke sekolah selama 2 atau 3 hari sahaja. Pendek kata, bila dia suka dia datang sekolah...bila dia malas dia tidak datang sekolah. Macam BAPAK dia punya sekolah. Dah lah tu, ujian bulanan dah 3 kali dibuat. Tiga-tiga ujian dia tak datang. Dah tu exam paper pun tak attent. Tu belum masuk kerja rumah...lagi lah tak buat langsung.
Kalau anda sebagai seorang guru...apakah yang patut anda lakukan???
Aku sebagai guru matapelajaran dan guru disiplin dan berbuih bagi nasihat. Pernah sekali aku rampas handphone pelajar ni. Sekolah aku tak boleh bawa handphone. Pelajar tu sanggup kena buang sekolah asalkan handphone dia tak di rampas. Masya Allah....aku pun dah tak tau nak cakap apa dah.
Tapi yang aku bengang pelajar tu aku tak benarkan masuk kelas aku je. Tapi pelajar tu balik terus ke rumah. Dah tu siap bagitau kat emak dia yang dia di halau dari SEKOLAH. Lepas tu emak dia siap maki hamun aku. Ya Allah....emak dengan anak sama sahaja.
Sape tak sayang anak...tapi berpadah-padah lah. Emak dia tau perangai anak dia tu. Dah banyak surat amaran keluar tinggal tunggu buang sekolah je. Masih lagi nak backing anak yang tak guna.
Dalam etika memang aku salah kerana maki dorang kat dalam ni. Tapi aku harap sangat lah jika ada emak bapak yang terbaca blog ni. Tolong lah dengan sangat jangan salah kan guru itu. Satu lagi aku nak bagi nasihat. Walaupun aku belum kahwin lagi, tapi sebagai emak lah boleh tak korang jangan bagi handphone yang mengandungi VIDEO LUCAH kat anak. Emak jenis apa tu??? Ya Allah....tak salah aku rasa kalau ex-husband emak pelajar tu ceraikan dia. Apa-apa pun aku ampunkan segalanya dan aku halalkan ilmu yang aku berikan kepada pelajar tu.
Aku sebagai seorang guru dan sebagai seorang umat Islam, telah menjalankan amanah dan tanggungjawab. Sekarang terpulang kepada emak pelajar itu.
Aku terima kalau dorang nak maki hamun aku, tapi 10 tahun akan datang aku rasa sedih tak tau apa nak jadi dengan pelajar tu nanti.

No comments:

Post a Comment

I love this blog