Photobucket

Sunday, August 9, 2009

Petua Membahagiakan Hati


SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA
MAZMUMMAH DIDALAM HATI.
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :
1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak
di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan
hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah
ajer..bawaklah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di
dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk
membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti
sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu
orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam
kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu
kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,
kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih
mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi
bersama)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci
orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu
tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu
Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya
tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum
air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis
jugak…lagipun org tamak selalu rugi..
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau
digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum
boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ)
Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat
dimanfaatkan.
6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh
bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah
bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain
vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang
paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar
dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org
ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang
untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia
akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan
amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita
ada…
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita
kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak
mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler
mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…
** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas"
akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah
akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang
dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara
TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi
ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, keduaduanya
tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan
dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite
sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka
dengan dunia …buruklahh padahnya…

No comments:

Post a Comment

I love this blog