Photobucket

Thursday, July 30, 2009

Islam itu Unggul

Di antara ciri-ciri yang membezakan Islam daripada agama agama, falsafah-falsafah dan ideologi-ideologi
yang dikenal oleh manusia ialah ciri ‘asy-Syumul atau kemenyeluruhan dengan segala pembawaan maknanya
yang merangkumi dan meliputi segala-galanya. Ia meliputi semua zaman dan merangkumi seluruh kejadian dan
kehidupan manusia. Seorang ulama’ menggambarkan keluasan erti asy-Syumul’ di dalam risalah Islam itu sebagai
berikut
“Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya mengatur segenap aspek hidup
manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat”.
Islam risalah semua zaman
Islam adalah risalah bagi setiap zaman dan generasi, bukan risalah yang terhad pada masa yang tertentu
yang peranannya habis dengan berakhirnya masa itu, sebagaimana keadaan risalah Nabi-nabi yang terdahulu
daripada Nabi Muhammad s.a.w. Bahawa setiap Nabi diutus bagi jangka masa yang tertentu. Bila tempoh itu
habis, maka Allah s.w.t. mengutus pula Nabi yang lain. Adapun Nabi Muhammad s.a.w. adalah penutup para
Nabi. Oleh itu risalahnya adalah risalah yang abadi yang berkekalan hingga ke hari Qiamat dan meliputi seluruh
alam. Risalah ini membawa hidayah yang terakhir kepada umat manusia. Jelaslah bahawa tidak ada syariat
selepas Islam, tidak ada kitab selepas al-Quran dan tidak ada Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.
Tidak ragu-ragu lagi bahawa Islam adalah risalah masa depan yang abadi dan risalah masa lalu yang jauh.
Sesunggughnya pokok iqtikad dan akhlaknya adalah menjadi risalah bagi tiap-tiap nabi yang diutus dan tiap-tiap
kitab yang diturunkan. Maka semua Nabi datang dengan Islam, menyeru Tauhid dan menjauhi Thaghut.
( وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ ( 25
“Dan Kami tidak mengutus seoranng Rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawsanya Tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka, sembahlah oleh Kamu akan Aku.”
(surah Anbiyä: 25)

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي آُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللّهُ
وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانظُرُواْ آَيْفَ آَانَ عَاقِبَةُ
( الْمُكَذِّبِينَ ( 36

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap tiap umat (untuk menyerukan): Sembahlah Allah s.w.t. (saja,) dan
jauhilah Thaghu’t itu.”

(surah An-Nahli: 36)
Setiap Nabi memberitahu bahawa mereka adalah Muslim dan menyeru kepada Islam.
Nabi Nuh Alaihis’ Salam berkata:
فَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَمَا سَأَلْتُكُم مِّنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلاَّ عَلَى اللّهِ وَأُمِرْتُ أَنْ أَآُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ
(72)

“Dan aku diperintah supaya aku termasuk golonganMuslimin.”

(surah Yunus: 72)
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihis’ Salam berkata:
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّیَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ
( أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ ( 128

No comments:

Post a Comment

I love this blog