Photobucket

Saturday, August 8, 2009

Valentine oh Valentine

Pendahuluan
Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day
mula membudayai di kalangan masyarakat kita
khususnya generasi muda, sekitar akhir tahun
1980-an kesan dari budaya asing yang masuk
melalui berbagai saluran media sama ada cetak
mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali sebagai
perayaan hari berkasih sayang, yang menurut
mereka adalah saat yang paling tepat untuk
mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang
kepada orang yang dicintai atau dikasihi.
Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan
adalah melalui program TV yang ditayangkan
atas nama “Valentine’s Special”. Di samping itu,
jika kita tinjau persiapan yang dilakukan oleh
golongan yang meraikannya, didapati mereka
sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih,
menempah cenderahati, jambangan bunga dan
tempahan untuk makan malam bagi merayakan
hari tersebut bersama pasangan masing-masing.
Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej
istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih
atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan
sebagainya yang mempunyai tujuan untuk
menyambut Hari Kekasih.
Namun, apa yang membimbangkan sejak
kebelakangan ini ialah pesta perayaan Hari
Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan
yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh
media massa, mereka banyak menghabiskan
malam perayaan tersebut dengan berpasangpasangan
serta bergaul bebas dan sebahagiannya
diakhiri dengan pesta seks.
Sejarah Permulaan Valentine’s Day
Kebanyakan masyarakat khususnya
generasi muda pada hari ini, hanya
mengikut apa sahaja yang datang dari
barat tanpa mahu mempersoalkan sama
ada Valentine’s Day wajar disambut ataupun
tidak. Sebenarnya, Valentine’s Day mempunyai
hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan
ajaran Kristian. Terdapat tiga pendapat mengenai
asal-usul Valentine’s Day :
i. Valentine’s Day bermula semasa
pemerintahan empayar Rom iaitu dengan
menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti
bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa
dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu
15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia
iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat
Rom di mana pada malam pesta tersebut,
nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas
dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap
pemuda akan mencabut nama di dalam bekas
itu dan nama yang terpilih akan menjadi
pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14
Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh
kerana pertelingkahannya dengan Raja
Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius
II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius
telah membatalkan semua perkahwinan dan
pertunangan kerana Rom banyak terlibat di
dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St.
Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan
orang-orang Kristian dengan pasangan
mereka secara rahsia. Akibat perbuatan
tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan
diheret, yang akhirnya dihukum belantan
sehingga mati serta dipenggal kepalanya
pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi.
Bagi memperingatinya sebagai simbol
ketabahan, keberanian dan kepasrahan
dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14
Februari dijadikan sebagai hari memperingati
kematian St. Valentine sebagai upacara
keagamaan.
iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s
Day diambil daripada nama seorang paderi
yang paling berpengaruh pada zaman
pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol
iaitu St. Valentine yang status kedudukannya
adalah di tempat kedua tertinggi selepas
Pope. Apabila St. Valentine menyatakan
hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya
dari pengamal protestan sewaktu kerajaan
Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan
Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova
kerana St. Valentine merupakan seorang
Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin
dengan pengamal Protestan, lebih-lebih
lagi paderi sememangnya tidak boleh
berkahwin. Tindakan St. Valentine yang
mengambil keputusan berkahwin dengan
pasangannya itu telah menimbulkan rasa
murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya
buat sementara waktu. Ratu menetapkan
14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St.
Valentine sendiri.
Hujjah dan Dalil
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan
berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah,
muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa
dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan
peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;
Bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara
kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan
bagi aku agamaku.”
(al-Kafirun ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal
bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa :
“Amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur
dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.
Mutiara Kata Oleh : Cik Maznah Bt. Hanipa (Bahagian Sistem Maklumat)
“...jika hati sejernih AIR, jangan biar ia KERUH... jika hati SEPUTIH AWAN, jangan biar ia MENDUNG... jika HATI seindah BULAN, hiasilah ia
dengan IMAN dan TAQWA....”
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu
tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis...
Hidup tanpa cabaran dan dugaan ibarat hidup tanpa warna. Hidup dalam satu warna yang sama selamanya kita tak akan merasai
keindahan dan kemanisan hidup serta tahap kematangan kita tanpa cabaran. Hidup dan cabaran dan dugaan ibarat isi dan kuku.
Tawaduk bukanlah bererti lemah, tegas tidak bererti kasar,beralah bukan bererti kalah, kalah bukan bererti salah.
Alaskan bantalmu dengan kejujuran, rebahkan tubuhmu dengan keikhlasan, selimutkan tubuhmu dengan kesabaran, semoga tidurmu
dalam keimanan.
Kebekuan air mata itu dari kekerasan hati, kekerasan hati itu dari banyaknya dosa dari disebabkan angan-angan mencintai dunia dan cinta
dunia itu sumber segala dosa.

dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal
melarang umatnya meniru atau menyerupai
budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini
berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. :
Bermaksud : “Sesiapa yang mengamalkan perkara
yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan
ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan
meraikan Valentine’s Day adalah dilarang sama
sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana
perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur
ritual dan kepercayaan agama Kristian serta
amalannya yang bercampur baur dengan maksiat.
Di dalam Islam, usaha untuk memupuk kasih
sayang tidak semestinya dilakukan hanya pada
hari tersebut sahaja kerana cinta merupakan
satu proses yang berpanjangan dan berterusan
sehingga seseorang menghembuskan nafasnya

No comments:

Post a Comment

I love this blog