Photobucket

Wednesday, January 13, 2010

Az-Zamakhsyari

Az- Zamakhsyari...pernah dengar nama ini? mungkin sekarang ini dia tidaklah begitu dikenali oleh masyarakat zaman ini. Dia tidaklah sepopular Mawi, Siti Nurhalizah atau Ahli-ahli parlimen yang berkahwin artis cantik.

Tetapi Az-Zamakhsyari ialah seorang tokoh ulama yang pakar dalam ilmu tafsir. Nama lengkap Az-Zamkhsyari adalah Abu al-Qasim Mahmud bin Umar bin Muhammad bin Ahmad bin Umar al-Khawarizmi Az-Zamakhsyari. Beliau ini dilahirkan pada 467H dan wafat pada 538H.

Kenapa saya berkongsi megenai Az Zmakhsyari? kerana saya begitu minat dengan puisi-puisi hasil nukilan beliau. Betullah, Puisi para ulama lebih tajam daripada mata pedang dan mampu mengalahkan musuh yang mendengarnya.

Beliau juga telah banyak menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi. Minta maaf ya cik abang, cik kak, dan adik-adik sekalian. Karya-karya beliau ini memang top ten bukan album recording tau. Diantara karya-karya beliau yang masyur ialah ;
- Al-Kasysyaf
- Diwan al-Adab
- Rabi’ al-Abrar
- Asas al-Balagha
- A’jab al-‘Ajab fi Syarh Lamiyat al-‘Arab
- Al-Anmudzaj fi al-Nahwi
- An-Nashaih as-Shighar
- Al-Fa’iq fi Garib al-Hadits
- Maqamaat al-Zamakhsyari, dan
- Nawabi’ al-Kalam fi al-Lughag

Seperti yang saya katakan dari awal tadi, saya sangat teruja dengan puisi beliau. Terutama dalam puisi ini....

malam-malamku untuk merajut ilmu yang boleh dipetik
menjauhi wanita lawa dan harumnya leher
aku lalu lalang untuk menyelesaikan masalah sukar
lebih menggoda dan manis dari mengepit betis yang panjang
bunyi penaku yang menari diatas kertas-kertas
lebih manis daripada belaian wanita dan kekasih
bagiku lebih bagus mencampakkan pasir ke atas kertas
daripada gadis-gadis yang menabuh dentum rebana
wahai orang yang cuba mencapai kedudukanku dengan anganya
sungguh jauh jarak antara orang yang diam dan yang naik
adakah aku yang tidak tidur selama dua purnama dan engkau
tidur lena, selepas itu engkau ingin menyamai darjatku?
Alangkah mulianya ilmu pengetahuan, alangkah segarnya dada orang yang
penuh dengannya, dan alangkah leganya perasaan orang yang menguasainya!

No comments:

Post a Comment

I love this blog